Ubati Demam Dengan Kuasa Minda
Apa yang Anda fikirkan selalu pasal diri Anda maka itulah yang akan jadi pada diri Anda. Anda fikir yang Anda ni sihat kemudian Anda percaya yang Anda boleh buat apa orang sihat buat, maka akan sentiasa sihatlah Anda. Sebaliknya, jika Anda fikiran yang Anda sakit, kemudian tayang muka orang sakit, sakit itu pulak membuat Anda kurang selesa , maka akan jadi sakitlah Anda.
Bukan sehari dua, tapi akan melarat jadi seminggu dua. Selagi Anda anggap yang Anda sakit, selagi itulah Anda akan sakit. Ada orang demam berminggu. Ada yang demam cuma 1 hari. Ada jugak yang tak pernah demam langsung! Anda boleh ubati demam panas dengan kuasa minda. Peralatkan imaginasi di fikiran Anda.
Walaupun Anda demam atau rasa kurang selesa sebab diserang suhu badan yang tinggi, katakan pada diri Anda yang demam tu sebenarnya tak ada apa-apa, tak memberi kesan pada Anda. Its nothing!
Peringatkan diri sendiri berkali-kali yang demam tu hanya sementara. Kemudian, Anda perlihatkan yang Anda ni sihat, muka ceria dan Anda berjalan dengan penuh bertenaga. Anda tak nampakkan yang anda sakit demam. Anda berlakon jadi orang sihat dan cergas!
Wujudkan rasa percaya yang demam itu boleh hilang dengan pantas. Fokuskan fikiran pada keinginan mahu menikmati rasa sihat supaya Anda boleh bersukan, bermain bola sepak, bekerja dengan riang atau meluangkan masa bersama orang yang Anda sayangi. Ulangi fikiran-fikiran itu seberapa kerap yang mungkin!
Kesannya? Lama kelamaan demam akan hilang sendiri tanpa Anda minum apa-apa ubat. Bunyinya macam kebudak-budakan, tapi selepas beberapa Anda mengamalkan apa yang Anda baca tadi, Anda boleh kekal sihat.
Fikiran kita memang boleh menguasai fizikal, luar dan dalam. Ia akan mengikut apa yang kita selalu katakan pada diri kita dan ‘feel’ kita pada diri sendiri, sama ada selesa atau kurang selesa, sihat atau diserang demam.