Melayu...Melayu... Melayu...
Takan melayu hilang didunia...Ini tanah melayu... Melayu pantang dicabar...
Itulah kata-kata yang sering didengari di bibir orang melayu sekarang.Adakah mereka sedar yang melayu sekarang hampir berpecah??????????
Adakah mereka sedar yang anak melayu kian musnah?????
Sedih dan kesian kepada orang melayu !!!!
Memang benar kata Hang Tuah yang melayu tidak akan hilang didunia tetapi nilai , adab dan peradaban itu akan hilang jika melayu itu layu serta lalai.Di Malaysia kita ada tiga parti yang mewakili orang melayu tetapi apakan daya mereka tidak bersatu. Berbeza pandangan , ideologi, matlamat dan perjuangan tetapi tetap orang melayu.Antara 3 parti melayu ini yang sanggup menggadaikan anak bangsa demi perjuangan parti mereka yang kabur. Kesian melayu!!!!!!!
Sifat sombong , khianat dan iri hati adalah penyakit yang sinonim bagi orang melayu yang masih berfikiran kuno. Walaupun negara Malaysia sudah maju tetapi pemikiran kebanyakkan melayu masih terkebelakang.Bila melayu itu dibantu untuk meningkatkan nilai diri, ada sahaja orang melayu itu sendiri yang menyekat dengan alasan orang itu mengarut. Kenapa ini berlaku????.
Sedarlah bangsa ku, kita tidak lagi punya waktu untuk untuk bersuka ria. Kita harus bangun dan berubah untuk maju kehadapan. Pedulikan kata orang yang cuba menghancurkan bangsa kita. Marilah kita maju bersama-sama dan capai cita-cita serta sokonglah bangsa kita yang hampir layu agar merka tidak mati di lorong yang hina.... Bangkitlah Bangsa ku....
Bangkitlah Bangsa ku....
Bangkitlah Bangsa ku....
Bangkitlah Bangsa ku....
FIkir2kan dan muhasabah lah diri...