Laungan Perpaduan
Bahawasanya Kami, Rakyat Malaysia Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk Mencapai Cita-cita Tersebut berdasarkan Atas Prinsip-Prinsip Yang Berikut:
1 : Kepercayaan Kepada Tuhan
2 : Kesetiaan Pada Raja Dan Negara
3 : Keluhuran Perlembagaan
4 : Kedaulatan Undang-Undang
5 : Kesopanan Dan Kesusilaan
Laungan dan kata-kata keramat ini hanya akan tinggal laungan semata-mata. Andai kita sebagai warganya sendiri tidak menghormatinya. Kata-kata dan laungan ini menjadi pengikat kita dalam kehidupan pelbagai kaum di Malaysia. Kata-kata ini juga disematkan dalam sanubari setiap pejuang tanah air agar keaman dan kemakmuran berkekalan di sini. Tetapi kenapa sekarang timbul pertualang-pertualang negara yang cuba untuk memecah belahkan rakyat? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?...
Adakah rakyat kita tidak lagi sayangkan negara dan hanya mencari populariti?????
Kenapa ini terjadi?
Salah siapa ia terjadi?
Beribu persoalan dan pertanyaan di lontarkan oleh orang yang tidak sedar siapa dirinya di bumi bertuah ini.. Sampai sanggup menghina raja , mempertikaikan perlembagaan dan mengetepikan undang-undang.. Layakkah orang seperti ini di letakkan di dalam negara ini? .... Fikir-fikirkan dan selamat beramal...