PEMIMPIN


Cabaran seorang pemimpin

Seorang ketua menuntut ketrampilan, kebijaksanaan dan kemampuan yang hebat sekurang-kurangnya dalam 11 perkara berikut sebagaiamana yang diganbarkan oleh Mike Woodcock dan Dave Francis (1982)
1. Kemampuan mengatur diri.
2. Nilai-nilai peribadi yang sihat.
3. Cita-cita peribadi yang jelas.
4. Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus menang.
5. Ktrampilan memecahkan soalan.
6. Kemampuan untuk menjadi kreatif dan inovatif.
7. Kemampuan tinggi untuk mempengaruhi orang lain.
8. Pemahaman menyelia.
9. Pemahaman atas gaya pengurusan.
10. Kemampuan mendidik dan mengembangkan bakat orang lain.
11. Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif.

Membentuk jati diri pemimin

Dalam menuju ke arah pembentukan jati diri yang yang kuat, seorang ketua wajar menangkis sifat salah faham dan anggapan negatif terhadap subordinatnya. Banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengatasi masalah tersebut. Salah satu daripadanya ialah dengan mengamalkan "Etika Budaya Cemerlang"

1. Matlamat diri selari dengan matlamat kerja.
2. Menyedari kepentingan nilai moral dan agama dalam pekerjaan.
3 Sentiasa melihat kebaikan organisasi.
4. Sentiasa sayangkan organisasi.
5. Penggunaan masa yang optimum.
6. Mengadakan mesyuarat harian,mingguan dan bulanan.
7. Pembahagian tugas berdasarkan kepakaran , kebolehan dan minat.
8. Memmentingkan hubungan awam.
9. Meningkatkan kualiti komunikasi di tempat kerja.
10. Sentiasa tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
11. Sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab , tidak sambil lewa.
12. Berikan khidmat melebihi ganjaran yang diterima.
13. Bekerja dengan tekun, cekap dan ikhlas.
14. Sentiasa terbuka dalam apa juga tindakan.
15. Sentiasa menilai dan memperbaiki pekerjaan.
16. Menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
17. Menghormati etika berpasukan.
18. Menerima arahan dengan tersenyum dan kreatif.
19. Mempunyai motivasi untuk bersaing secara sihat dan proaktif.
20. Sentiasa berdoa agar mendapat keberkatan dalam pekerjaan.


You can leave a response, or trackback from your own site.
Powered by Blogger