10 Tabiat Menyebabkan Kerosakan Otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Rakan Integrasi Siswa - Port Dickson




Salam Persahabatan...
Lama kita terpisah demi tugas masing-masing dan kali
kita di satukan dalam satu program. Adakah ini program kita yg ter akhir?
Diharapkan ada kesinambungan di lain hari kemudian.
Blog ini dicipta utk memberi peluang antara kita untuk bertanya khabar
dan terus behubung dari alam maya yang tiada sempadan.
Segala kenagan boleh la di lihat dalam:
Mrseven-Picture

Kita Masih Lagi Teman , Sahabat dan Kawan




Salam sandaran pada kenagan, bertahun berlalu n bermusim bersama. Kita tetap kita kerana diri kita adalah apa yang kita percaya. Jauh kita berlari mengejar impian dan cita-cita diri serta keluarga hingga kita lupa yang kita meninggalkan dan di tinggalkan sesuatu. Walau apa pun ia , kita tetap kita.
Hari demi hari kita meniti usia dengan azam dan matlamat. Walau jauh mana kita meniti, kita akan bertemu pada satu titik dengan tanpa kita sedari. Titik itu lah yang akan menyedarkan kita yang kita masih lagi teman , sahabat dan Kawan.

PEMIMPIN


Cabaran seorang pemimpin

Seorang ketua menuntut ketrampilan, kebijaksanaan dan kemampuan yang hebat sekurang-kurangnya dalam 11 perkara berikut sebagaiamana yang diganbarkan oleh Mike Woodcock dan Dave Francis (1982)
1. Kemampuan mengatur diri.
2. Nilai-nilai peribadi yang sihat.
3. Cita-cita peribadi yang jelas.
4. Mengusahakan pertumbuhan peribadi terus menang.
5. Ktrampilan memecahkan soalan.
6. Kemampuan untuk menjadi kreatif dan inovatif.
7. Kemampuan tinggi untuk mempengaruhi orang lain.
8. Pemahaman menyelia.
9. Pemahaman atas gaya pengurusan.
10. Kemampuan mendidik dan mengembangkan bakat orang lain.
11. Kemampuan membangun dan mengembangkan pasukan yang efektif.

Membentuk jati diri pemimin

Dalam menuju ke arah pembentukan jati diri yang yang kuat, seorang ketua wajar menangkis sifat salah faham dan anggapan negatif terhadap subordinatnya. Banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengatasi masalah tersebut. Salah satu daripadanya ialah dengan mengamalkan "Etika Budaya Cemerlang"

1. Matlamat diri selari dengan matlamat kerja.
2. Menyedari kepentingan nilai moral dan agama dalam pekerjaan.
3 Sentiasa melihat kebaikan organisasi.
4. Sentiasa sayangkan organisasi.
5. Penggunaan masa yang optimum.
6. Mengadakan mesyuarat harian,mingguan dan bulanan.
7. Pembahagian tugas berdasarkan kepakaran , kebolehan dan minat.
8. Memmentingkan hubungan awam.
9. Meningkatkan kualiti komunikasi di tempat kerja.
10. Sentiasa tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
11. Sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab , tidak sambil lewa.
12. Berikan khidmat melebihi ganjaran yang diterima.
13. Bekerja dengan tekun, cekap dan ikhlas.
14. Sentiasa terbuka dalam apa juga tindakan.
15. Sentiasa menilai dan memperbaiki pekerjaan.
16. Menerima kritikan dengan hati yang terbuka.
17. Menghormati etika berpasukan.
18. Menerima arahan dengan tersenyum dan kreatif.
19. Mempunyai motivasi untuk bersaing secara sihat dan proaktif.
20. Sentiasa berdoa agar mendapat keberkatan dalam pekerjaan.


Cinta & Kawan


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerena... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerena... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Kirim balik jika anda anggap saya sebagai teman selamanya.
Kirim ke semua teman anda dan lihat brapa banyak teman yang sayangkan
anda !!!!!!!!!!!!
frenz never break....... .....

Powered by Blogger