Kawan Ketawakan Anda???....

Seringkali bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan.

Selepas itu, Anda rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila Anda berdepan dengan keadaan sebegini?

Cara terbaik, lupakan saja. Saya tahu, memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi Anda turun. Kesannya, Anda tak bersemangat.

Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan Anda, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian Anda!.

Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita.

Tak kira Anda seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat Anda.

Bila di ingat saat mereka mentertawakan Anda, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga.

Walau sekuat mana usaha Anda mengejar kejayaan, jika Anda selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda Anda bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa Anda sedari.

Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian Anda, kerana ia membuat Anda semakin bersemangat serta melatih minda Anda supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita Anda.

Fikir kejayaan, minda Anda akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda Anda perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.

Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk Anda semakin rajin berusaha.

Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan Anda, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!

Motivasi Cinta

Bila bercinta, jadikan kekasih Anda seperti seorang kawan rapat. Pada dia Anda berkongsi segala, suda dan duka, gembira, tawa serta cabaran yang melanda hidup Anda.

Cinta adalah emosi positif yang amat kuat. Kerana cinta, sesiapa saja sanggup berkorban segala dan buat apa saja. Cinta sifatnya subjektif, sama ada cinta pada ibu bapa, negara mahupun cinta pada seorang kekasih.

Kita bersemangat bila adanya cinta dan motivasi juga naik membara bila ada semarak cinta. Tekanan, risau dan gundah gulana hilang bila munculnya cinta. Cinta juga wujud dalam semangat setia kawan, bak kata Bob AF2, Cinta Seorang Teman.

Andai Anda tiada kekasih yang untuk mencurah cinta, tumpahkan kasih sayang Anda pada ibu bapa, keluarga, adik beradik mahupun hobi Anda.

Sejak dari dulu lagi, motivasi timbul bila adanya rasa cinta. Jadi, untuk memberi semangat pada diri sendiri, timbulkan rasa cinta di dalam hati Anda, kalau boleh dari pagi hingga ke malam hari!.

Elak memandang cinta sebagai emosi yang menyakitkan, sedih ataupun pilu kerana sikap negatif sebegitu akan membuang motivasi jauh dari diri Anda. Kesannya, Anda sukar nak ada motivasi dalam apa jua yang Anda lakukan.

Kita sentiasa ada dua pilihan, hitam atau putih, positif atau negatif, gembira atau sengsara. Mengapa perlu berduka, sedangkan Anda ada pilihan untuk bertukar menjadi gembira.

Kuatkan semangat dan sabarkan hati, walau apa jua yang terjadi.

Be Strong!

3 Kategori Manusia

 
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam 
 
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understandhis words better that those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan


Bendera Wilayah Persekutuan

Tanggal 1 Februari 2010 adalah hari Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah gabungan 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berusia 36 tahun, Wilayah Persekutuan Labuan, 26 tahun dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berusia 9 tahun pada tahun 2010. Sambutan Hari Wilayah Persekutuan merupakan acara rasmi tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tahun ini merupakan kali keenam acara ini disambut secara bersama dengan menggabungkan ketiga-tiga Wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kuala Lumpur

Labuan

Putrajaya

Kuala Lumpur telah ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, seterusnya menjadi ibu negara Malaysia. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya pula ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pada tahun ini Majlis Pelancaran Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2010 akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sambutan pada tahun ini agak istimewa kerana majlis pelancarannya akan dirasmikan serentak oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini ialah “1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera”. Pemilihan tema ini sejajar dengan usaha mengukuhkan peranan dan sumbangan Wilayah Persekutuan terhadap kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Walaupun pelancaran sambutan pada kali ini akan dilaksanakan secara sederhana, ianya dijangka akan lebih meriah kerana melibatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dalam bentuk perhimpunan rakyat 1Malaysia.Selain dari itu, sambutan kali ini juga akan diceriakan dengan pelbagai acara yang semestinya menarik dan menghiburkan seperti konsert artis tempatan, persembahan kebudayaan dan petunjukan bunga api.Yang pasti sambutan kali ini tetap meriah.

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 juga terdapat banyak lagi acara-acara yang akan dijalankan antaranya adalah , Cabaran Keluarga X Race 1Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar yang mana acara ini akan menawarkan hadiah wang tunai bernilai lebih RM6,000.
Pertandingan ini akan dilangsungkan pada 1 Februari bermula pada jam 11 pagi hingga 2 petang. Acara ini menjadikan sekitar Kuala Lumpur sebagai lokasi kejohanan iaitu bermula di Dataran DBKL dan berakhir di Dataran Merdeka.

Selain itu, terdapat juga acara Kejohanan Bola Sepak 5 Sebelah 1Malaysia juga anjuran Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 6 Februari depan. Dua kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki dan media/jemputan/artis.

Putrajaya juga tidak ketinggalan untuk mengadakan acara sempena sambutan hari wilayah kali ini.‘Putrajaya Night Marathon’ acara larian yang diadakan sempena Hari Wilayah 2010 ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada pelari tempatan dan luar negara.

World Action Sports Sdn Bhd, penganjur utama pertandingan dengan kerjasama Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, menganjurkan larian itu sebagai satu acara sambutan selama sebulan Hari Wilayah yang ke-36.


Al-Fatihah


Sebagai anak Malaysia, patik mohon untuk merafak sembah setinggi-tinggi takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga Roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Al-Fatihah..

Powered by Blogger